Sabtu, 19 Mac 2011

menulis atas cahaya & parallel programming

salam.hehe..musti ada yang tertanya2 apa kaitan antara dua perkara kat atas?sebenarnya time aku dok2 sibuk mentelaah pasal parallel programming, terpikir kejap pasal satu perkataan, “menulis atas cahaya”. apa maksudnya?owh senang je. aku cuma terpikir zaman sekarang ni. dengan teknologi IT yang makin canggih ni, pernah tak korang terbayang yang perkara satu masa dulu yang kita anggap mustahil sebenarnya sekarang ni benda biasa je sebenarnya.

Yaaa…menulis atas cahaya. macam apa aku buat sekarang, menulis nukilan hati dan minda aku di atas sekeping lapisan cecair kristal (LCD gitu) menggunakan papan kekunci. Tu la maksudnya..hehehe. waahh…kalau dulu kita rasa pelik, ada ke org bleh menulis atas cahaya?? sekarang x de pelik dah..i phone ke, i pad ke, or phones yang ada touch screen pun terlibat sama. siap ade pensel lagi utk user menulis di atasnya.

aku pi kelas, aku dok tgk pak arab guna i pad. bawak i pad tu seketul je ke kelas, pastu bukak notes kat dalam tu, n then blaja! x payah print power point notes utk dibawa ke kelas. canggih sungguh dunia sekarang kan. setuju x kalau aku kata dunia sekarang dah mcm zaman2 mak ayah kita dulu?atau zaman2 datuk2 kita?? diorang bawak papan batu dengan sebatang pensel ke sekolah. bila nak buat nota, tulis je atas batu tu. pastu hafal n padam kalau nak guna balik. jadi, zaman dulu dan sekarang sama je, cuma dulu guna batu, sekarang guna i pad.hehe.

aku cuma rasa kagum je ngan teknologi skrg, sampaikan i pad tu bleh berfungsi mcm tu skali kan, utk bawak ke kelas dan tgk notes.

parallel programming??? apa tuh? hehe. maksudnya pengaturcaraan program komputer dengan mengambil kira masa utk program tu run. makin cepat masa utk program tu run, makin power la program tuh. so, kita kena implement parallel dalam masa kita tulis program (writing programs) supaya bleh capai matlamat tu. aku blaja guna c programming (bahasa pengaturcaraan paling tua kat dunia..tua la sangat) n cuma tambah perpustakaan (libraries…hehehe) parallel ke dalam IDE (integrated development environment) untuk buat parallel programming.

kita bleh buat parallel programming sama ada menggunakan MPI (Message Passing Interface), POSIX threads (pthread), atau OpenMP. jadi, sape2 yang dok komplen software korang install tu lembab ke ape, maka blaja la benda ni supaya komplen anda terjawab.hehe..

selamat mencuba!

cermin mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna
Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih
Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati
Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Khamis, 17 Mac 2011

malam yg bosan

malam ni agak boring walaupon dah pagi,huhu.wat php x jadi2 lagi.sume dah okey, tggal nak bolehkan sistem aku receive sms dari mobile user ngan antar email…tu je lg

 

sape leh ajar aku..huwaa..

nak tulis entry pasal php tadi tapi tibe2 rase boring ngan perkataan tu.huhu.so aku save dulu..

 

Insya Allah pasni akan menyebut pasal php, sikit2 pasal coding php ek.at least anda readers dapat tau gak php tu menatang ape kan.hehe..

 

papai..

kehidupan

hmm…ape yg ada dngn kehidupan ek? apa yg best?apa yg perlu kita buat?

makan

tido

keje

makan tido

while (hidup=0; hidup>=mati; hidup++){

echo “makan<br>tido<br>keje<br>”;

}

adakah idup kita nak jadi macam loop di atas? of kos my pren not..

idup kita ni bnyk lg tugasan, sumenye lum setel lg. jadi idup kita bukan setakat perkara2 di atas je tau.

sbb kita bukan idup sorang2 atas bumi ni, jadi idup kita ada berkaitan ngan manusia lain di donia ni..hehe

ade lg tanggungjawab lain.ape die?korang musti tau kan. :)

jadi pikir2kan la ek. :)

Jumaat, 11 Mac 2011

kenapa ko blaja silat?

rasanya dah banyak kali aku ditanya ngan soalan ni tapi struktur ayat lain2 la.hehe. dan mcm2 jawapan aku bagi n jawapan “bedal balik” dari yg tanya aku tu. lagi satu soalan:

“apa yg ko carik dalam silat?”

hai….ntah la.nak kena jawab satu2 ni. ok fine, kepada readers, adakah korang tau bila korang akan dibelasah tiba2 time jalan2 ngan pakwe/makwe, bila korang akan diragut/dirampok (bak cakap org jawa, merompak maksudnya)/dirogol/diusha oleh mamat2 (tengok! nama mamat jugak yg buruk!) bengong sampai kena kejar ramai2 dan mcm2 situasi lg. adakah korang ada jawapan2 itu? for sure x ada sebab kalau org tanya aku camtu pun aku nak jawab ape bai.

then jawapannya ada dalam ilmu martial art (silat bagi masyarakat melayu, silambam bagi masyarakat india, wushu/kungfu bagi masyarakat cina (err, bukan la ini je martial art dalam sesuatu bangsa tu, ni cnth je)).

jadi, persiapkanlah diri korang dengan situasi2 camtu. nak kata pasal perang jauh sekali, sekarang ngah aman damai dan sejahtera gitu. tapi kalau tiba2 perang, apa preparation korang?adakah dah berada dalam keadaan camtu baru kita nak carik silat?? tu namanya kalau dalam masyarakat melayu “sudah terhantuk baru tengadah (dah kepala terhantuk kat siling, baru nak tengok atas)”. adakah anda nak jadi mcm gitu? tambah2 skrg org kalau dendam ke, rompak ke, semuanya pakat2 guna parang, pedang la, pastu bunuh, kerat2 mcm kerat sayur pastu buang kemana2 yg depa suka.

lagi satu utk kesihatan badan anda sendiri. dah kalau korang dok on9 pastu gi makan pastu tido, agak2 brape tan toksik dalam badan korang? kompem banyak gile.pastu nak pakai selotep buang toksin kat kaki korang yg comel. pakai bnda 2 memang le bagus, tapi aktiviti fizikal pun kene. angkasawan kat angkasa tu pn exercise walaupun diorang tak payah jalan, terbang je sebab takut kalau balik bumi nnt kaki diorg x boleh guna sebab dah lama sangat terapung2 di angkasa raya.haa..jadi alasan x nak exercise totally rejek!

apa yg aku carik dalam silat? aku carik Dia, aku carik kesihatan badan aku ngan carik kengkawan utk establish network yg kuat time keje nnt. jadi ni la jawapannye. rasanya x yah explain kot.hehehe..

blaja silat bleh membuatkan kita kenal, sapa yg create tangan kita, kaki kita n camne nak guna apa yang Dia dah bagi. dari situ kita bleh tau betapa cantiknya Allah create manusia ni, baru la datangnya syukur. itu la maksud aku nak cari Dia.

aku x promote mana2 silat tapi aku just nak share apa benefit bila masuk silat. bagi aku semua silat best, semua martial art best, x ada yang bagus dan tak ada yg x bagus.semuanya ilmu tu datang dari Allah, kita pinjam je ilmu ni. sepanjang journey aku dalam silat (Cekak dan Gayong), aku x suka nak compare mana lg bagus. bagi aku dua2 bagus. jadi carilah mana silat yang sesuai bagi korang dan blaja la, mana tau satu hari nanti korang akan appreciate apa yg korang blaja tu n apa yang aku dok cite dalam entri ni.sekian.

Bangga dengan Malaysia

 

malaysia_flag

Salam. entri kali ni nak cite2 pasal visit ke software testing lab kat puchong, baru pagi tadi aku pegi.sebenarnya visit ni atas tiket kelas software testing aku sem ni.hehe. dalam pada tu agak curious kelas parallel ada ke tak, sebab lecturer outstation.kemana?ontah laa..

agak2 pukul 9 lebih kitorang pun sampai kat sana.mula2 dijamu ngan sarapan karipap seketul ngan seteguk air kupi je (org len berketul2 karipap.hehehe) pastu ada la briefing pasal visit.

entri ni bukannya log repot bagi visit tu ye,huahua tapi nak cite tentang betapa mantapnya Malaysia ni dalam nak mengorak langkah jadi hab utk software testing punya field. paling bangga bila dapat tau kat situ ada sorang melayu (the first one ever) yg dpt achieve advance level dalam certificate software tester. pergh, gila hebat. pastu ngan teknologi utk test sistem kat dalam lab tu mmg best, ade ibm nye sistem, oracle n dua lagi aku x ingt.huhu. dapat gak merase camne nak test sistem yang kita develop. sama function tapi lain2 company develop satu sistem yg sama.so ilmu utk testing kat sini sangat tinggi la bagi aku n kalau diberi peluang keje kat sini, harap2 aku x kan berenti la (nampak suasana opisnye pun best, mungkin aku x nak berenti kot..hehehehe).

kerajaan support company ni utk wat testing field jadi main field dalam usaha utk develop computing nye industri.so dari situ bleh nampak industri ni mula bangkit kat Malaysia. pelaburan camni la best, ade masa depan.bukan nak jek kerajaan ke ape, tapi seriously aku bangga bila pi lab testing kat sane tadi. harap2 pasni Malaysia setanding ngan US, Jepun, India n lain2 negara yg power dalam computing. bukannya kita tak mampu, cuma perlukan masa utk bangkit.

lagi best kalau berita2 camni diketahui umum, jadi rakyat bleh bangga dengan apa yg ada dalam Malaysia.

Hidup Malaysia!

Selasa, 8 Mac 2011

Keris baru aku..alhamdulillah, akhirnya aku ada keris sendiri

Tak silap aku dah dua minggu umur keris ni bersama aku..hehe.tapi esok dah last training gayong untuk sem ni.huhu, baru dapat pegang keris sendiri. aku beli keris ni kat sorang penjual ‘keris gelanggang’, aku jumpa dia ni dalam website silatgayong.org. Korang klik kat link Kedai Gayong, ada gambar keris, yg tu la. harganya murah je, RM98 untuk keris 10 inci, x panjang sngt cam apa yang cikgu aqtar mintak, 12 inci tapi ok la, sederhana panjang.hehe

bangga rasanya dapat pegang keris sendiri, senjata paling mengagumkan pernah aku jumpa. dengan design yg unik (curly2 gitu) memang agak ngeri kalau tgk. pernah salah sorang cikgu gayong bagitau, “orang dulu2 kalau dah guna keris, diorang tinggal je keris tu tercacak kat badan musuh lepas dah bertarung..hulunya dengan bilah memang tak bercantum sngt, mcm lebah la, dah sengat terus tinggal dia punya duri tu kat enemy dia”. dulu besi senang nak cari, org yg tempa keris pun ramai, boleh la main tinggal2 lepas guna, sekarang jangan, besi mahal beb, mana nak carik lg lepas dah tinggalkan.huhu.so, sesapa yg ada keris, sayangilah keris anda.jaga jgn kasi sampai karat. x pasal2 tercucuk kat tngn sndiri kang kene blood poison.huhuh..

nak namakan keris ni tapi x tau nama apa sesuai sebab aku bakal dapat keris kedua (tempah kat member) n yg tu 12 inci punya version.hehe. dah ada nama yg sesuai tapi x tau la bleh pakai ke x nama tu.tunggu….

keris aku  Ni la keris kesayangan aku, keris pertama aku.hee..ni bkn gambar dari google tau, aku punya ni!

Bukan kasihku

Lagu Kaer Azami..bestnya lagu ni.huhu.lagu ni mengikut ape yg aku paham, menceritakan tentang org yg ditinggalkan kekasih (lelaki ke pmpuan wallahualam). tapi agak sayu jugak lagunya, teringat time 1st love aku.huhu.ditinggalkan camtu je.sedey kan?hehe.x de la bajet nak mintak kesian kat blog nih.aku pasti sume org ade pengalaman camni dulu2.so enjoy la dngr lagu ni. :)

Inikah akhirnya

tinggallah lara di sini

terpadamlah api kasih

setelah dikau pergi

telah kukorbankan

sudah aku curahkannya

semua kasih suci pada dirimu

Korus

Takku mahu

asmara kan hancur seperti debu

Takku mahu

dirimu bukan lagi kekasihku

dan di sini tinggallah aku

menantikan kasih

sesaat berlalu

bertahun kurasa

Ohh manakah silapmya

kemanakah kan kubawa

erti cinta sejati

cuma dimimpi

Korus

Takku mahu

asmara kan hancur seperti debu

takku mahu

dirimu bukan lagi kekasihku

dan di sini tinggallah aku

menantikan kasih

sesaat berlalu

bertahun kurasa

Oh pedihnya...

GodMode dalam Windows 7

godmode

Ni bukan nak jadi Tuhan ek, tapi salah satu rahsia yg x berapa nak rahsia dah dalam Windows 7.hehe.tapi nama x seswai langsung..GodMode pulak. letak la nama AllMode ke ape ke.ape2 pun try dulu baru taw. :D

Manusia & hamba

Manusia itu hamba

Hamba kepada Pencipta

Namun ada juga manusia yang memperhambakan manusia

Kerana ia telah diperhambakan oleh nafsunya

Tidak mungkin hamba itu menjadi seorang tuan

Kecuali ia dibebaskan

 

Siapakah hamba siapakah tuan

Tatkala hamba yang memperhambakan hamba yang lain mengatakan

Bahawa “Akulah tuanmu”

Adakah ia sedar?

Bahawa dia juga adalah hamba?

Angkuh dengan ilmunya yang dipinjamkan sementara kepadanya

Bongkak sungguh si hamba itu

Hamba yang bernama manusia

Tidakkah ia lupa

Pada tuannya yang telah menciptakannya

Memberinya nafas, makanan, dan sebagainya

Memang benar

Manusia itu mudah lupa

Illahi

Berkat keagungan-Mu

Aku wujud di dunia

Besarnya cinta-Mu

Memberikanku sehela nafas

Mengizinkanku melangkah di bumi-Mu

Besarnya kasih sayang-Mu

mengasihani hamba-Mu yang seperti aku

yang hina, daif, jahil lagi banyak dosa ini

Membenarkanku meneruskan langkahku di dunia ini

 

Tanpa-Mu mungkin aku entah kemana

Merayau meracau tanpa hala

Mengamuk tanpa usul periksa

Tapi kerana-Mu

Aku masih hidup

Masih mampu melihat duniamu yang takjub

Masih mampu melihat insan yang ku sayang

Masih mampu menyumbangkan bakti yang sekelumit cuma

 

Cinta-Mu maha mulia

Tiada bandingnya dengan apa-apa

Nyatalah segala cinta hanyalah untuk-Mu

Dengarlah Wahai Pencipta Sekalian Alam

Rayuan hamba-Mu yang kesedihan

Menghadapi segala cubaan-Mu

 

Ampuni aku

cinta

tanpa cinta..hidup itu mati

hidup itu dungu

hidup itu sepi

sepinya hati

sepinya hari-hariku

bila cinta itu mati dari hati

butanya hati..butanya perasaan

tanpa ada simpati, tanpa ada perasaan

terimalah cinta

dengan sepenuh hatimu..apabila ia datang

jangan pernah sunyikan hatimu dengan meminggirkan diri

apabila hatimu dimiliki

kerana mungkin kau telah mematikan sekeping hati

tatkala kau bersikap demikian

menyepinya seorang perindu

hari-hari seorang perindu

sepi bagaikan terpinggir

hidup bagaikan kemalaman

terus menantikan sesuatu

sesuatu yang belum pasti

 

tiada rasa, perasaan mahupun keinginan

kerana terus menanti

sesuatu yang dirindui

semuanya dirasakan

bagai mimpi

yang bakal dikejutkan

oleh siang hari