Selasa, 26 Ogos 2014

Hai MELAYU!!!!!!!!!!!!!


 
 
 
Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....
SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA

Rabu, 6 Ogos 2014

awak nak kawin dengan saya?






Ujian

Jika tiada ujian & dugaan, bukanlah kehidupan namanya

KENAPA AKU DIUJI?
JawapannyaSurah Al-Ankabut 29:2-3
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar & pasti mengetahui tentang orang yang dusta."

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?
JawapannyaSurah Al-Baqarah 2:216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu & boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
JawapannyaSurah Al-Baqarah 2:286
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."

RASA KECEWA?
JawapannyaSurah Al-Imran 3:139
"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."

RASA SEDIH?
JawapannyaSurah At-Taubah 9:40
"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
JawapannyaSurah Al-Imran 3:200 & Surah Al-Baqarah 2:45
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) & kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan) & bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kejayaan)."
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & mengerjakan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk."

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
JawapannyaSurah At-Taubah 9:111
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu'min, diri & harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
JawapannyaSurah At-Taubah 9:129
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal & Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung."

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI
JawapannyaSurah Yusuf 12:87
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang yang kafir."
Masalah umpama warna dalam kehidupan, tiada warna, maka pudarlah dunia
tabah dan sabar

Janji Allah mengenai Baitulmaqdis..Allahu Akbar!!!

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.