Manusia itu hamba
Hamba kepada Pencipta
Namun ada juga manusia yang memperhambakan manusia
Kerana ia telah diperhambakan oleh nafsunya
Tidak mungkin hamba itu menjadi seorang tuan
Kecuali ia dibebaskan
Siapakah hamba siapakah tuan
Tatkala hamba yang memperhambakan hamba yang lain mengatakan
Bahawa “Akulah tuanmu”
Adakah ia sedar?
Bahawa dia juga adalah hamba?
Angkuh dengan ilmunya yang dipinjamkan sementara kepadanya
Bongkak sungguh si hamba itu
Hamba yang bernama manusia
Tidakkah ia lupa
Pada tuannya yang telah menciptakannya
Memberinya nafas, makanan, dan sebagainya
Memang benar
Manusia itu mudah lupa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan