Jika tiada ujian & dugaan, bukanlah kehidupan namanya
KENAPA AKU DIUJI?
JawapannyaSurah Al-Ankabut 29:2-3
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar & pasti mengetahui tentang orang yang dusta."
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?
JawapannyaSurah Al-Baqarah 2:216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu & boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
JawapannyaSurah Al-Baqarah 2:286
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."
RASA KECEWA?
JawapannyaSurah Al-Imran 3:139
"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."
RASA SEDIH?
JawapannyaSurah At-Taubah 9:40
"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
JawapannyaSurah Al-Imran 3:200 & Surah Al-Baqarah 2:45
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) & kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan) & bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kejayaan)."
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & mengerjakan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk."
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
JawapannyaSurah At-Taubah 9:111
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu'min, diri & harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
JawapannyaSurah At-Taubah 9:129
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal & Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung."
AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI
JawapannyaSurah Yusuf 12:87
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang yang kafir."
Masalah umpama warna dalam kehidupan, tiada warna, maka pudarlah dunia
tabah dan sabar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan