Jumaat, 11 Mac 2011

kenapa ko blaja silat?

rasanya dah banyak kali aku ditanya ngan soalan ni tapi struktur ayat lain2 la.hehe. dan mcm2 jawapan aku bagi n jawapan “bedal balik” dari yg tanya aku tu. lagi satu soalan:

“apa yg ko carik dalam silat?”

hai….ntah la.nak kena jawab satu2 ni. ok fine, kepada readers, adakah korang tau bila korang akan dibelasah tiba2 time jalan2 ngan pakwe/makwe, bila korang akan diragut/dirampok (bak cakap org jawa, merompak maksudnya)/dirogol/diusha oleh mamat2 (tengok! nama mamat jugak yg buruk!) bengong sampai kena kejar ramai2 dan mcm2 situasi lg. adakah korang ada jawapan2 itu? for sure x ada sebab kalau org tanya aku camtu pun aku nak jawab ape bai.

then jawapannya ada dalam ilmu martial art (silat bagi masyarakat melayu, silambam bagi masyarakat india, wushu/kungfu bagi masyarakat cina (err, bukan la ini je martial art dalam sesuatu bangsa tu, ni cnth je)).

jadi, persiapkanlah diri korang dengan situasi2 camtu. nak kata pasal perang jauh sekali, sekarang ngah aman damai dan sejahtera gitu. tapi kalau tiba2 perang, apa preparation korang?adakah dah berada dalam keadaan camtu baru kita nak carik silat?? tu namanya kalau dalam masyarakat melayu “sudah terhantuk baru tengadah (dah kepala terhantuk kat siling, baru nak tengok atas)”. adakah anda nak jadi mcm gitu? tambah2 skrg org kalau dendam ke, rompak ke, semuanya pakat2 guna parang, pedang la, pastu bunuh, kerat2 mcm kerat sayur pastu buang kemana2 yg depa suka.

lagi satu utk kesihatan badan anda sendiri. dah kalau korang dok on9 pastu gi makan pastu tido, agak2 brape tan toksik dalam badan korang? kompem banyak gile.pastu nak pakai selotep buang toksin kat kaki korang yg comel. pakai bnda 2 memang le bagus, tapi aktiviti fizikal pun kene. angkasawan kat angkasa tu pn exercise walaupun diorang tak payah jalan, terbang je sebab takut kalau balik bumi nnt kaki diorg x boleh guna sebab dah lama sangat terapung2 di angkasa raya.haa..jadi alasan x nak exercise totally rejek!

apa yg aku carik dalam silat? aku carik Dia, aku carik kesihatan badan aku ngan carik kengkawan utk establish network yg kuat time keje nnt. jadi ni la jawapannye. rasanya x yah explain kot.hehehe..

blaja silat bleh membuatkan kita kenal, sapa yg create tangan kita, kaki kita n camne nak guna apa yang Dia dah bagi. dari situ kita bleh tau betapa cantiknya Allah create manusia ni, baru la datangnya syukur. itu la maksud aku nak cari Dia.

aku x promote mana2 silat tapi aku just nak share apa benefit bila masuk silat. bagi aku semua silat best, semua martial art best, x ada yang bagus dan tak ada yg x bagus.semuanya ilmu tu datang dari Allah, kita pinjam je ilmu ni. sepanjang journey aku dalam silat (Cekak dan Gayong), aku x suka nak compare mana lg bagus. bagi aku dua2 bagus. jadi carilah mana silat yang sesuai bagi korang dan blaja la, mana tau satu hari nanti korang akan appreciate apa yg korang blaja tu n apa yang aku dok cite dalam entri ni.sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan